Search
Close this search box.

JUALAN RAHMAH DI UTC SENTUL

10 Mei 2025

Program Jualan Rahmah kini dilaksanakan secara bulanan di UTC Sentul hasil kerjasama strategik antara KPDN Wilayah Persekutuan dan KOPENJANA. Inisiatif ini telah bermula pada 10 Mei 2025 sebagai projek rintis dan terus menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Program Jualan ini juga adalah kesinambungan sambutan yang menggalakkan sempena Jualan Rahmah Madani Krismas pada 20 Disember 2024. 

Melalui program ini, para peniaga kecil dan usahawan tempatan diberi peluang untuk memasarkan produk mereka di lokasi yang strategik, sekali gus membuka akses kepada pasaran yang lebih luas. Dalam masa yang sama, pengunjung dan penduduk sekitar Sentul dapat membeli barangan harian serta produk keperluan pada harga Rahmah yang lebih berpatutan, tanpa mengabaikan kualiti.

Program ini adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk memperluas akses kepada produk mampu milik dan menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti setempat