LAWATAN FAMA KE UTC SENTUL - Lanjutan Kolaborasi
Ogos 8, 2023 @ 3:31pm
Pada 8 Ogos 2024, KOPENJANA menerima lawatan susulan daripada En Izam (Bahagian Pasar Tani) dan En Akram (AgroMadani) dari FAMA Wilayah Persekutuan. Lawatan ini bertujuan untuk melanjutkan kerjasama KOPENJANA x FAMA WP, dengan penekanan pada beberapa aktiviti utama yang akan membantu peniaga kecil berkembang.
Lawatan ini diiringi oleh:
- En Hafidzy Rodzihadi (Setiausaha Agung KOPENJANA)
- En Suhaimi (Biro Penjana Venture)
Objektif lawatan adalah untuk tinjauan awal cadangan kolaborasi jangka panjang dengan FAMA di dalam UTC Sentul, terutamanya mengenai penyediaan ruang niaga strategik yang dapat memberi peluang lebih besar kepada penjaja dan peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka.
Terima Kasih kepada FAMA Wilayah Persekutuan
KOPENJANA ingin mengucapkan terima kasih kepada FAMA Wilayah Persekutuan atas sokongan dan kesediaan mereka untuk melanjutkan kerjasama ini. Kami berharap kolaborasi jangka panjang ini dapat diterjemahkan dan akan membuka lebih banyak peluang bagi penjaja dan peniaga kecil.