MEMBERI KEBAIKAN DAN MENYANTUNI KOMUNITI
April 5, 2024
Sumbangan Iftar Ramadhan di Masjid Amru Al-As
Pada 5 April 2024, KOPENJANA dengan penuh rasa syukur telah menaja satu malam sesi iftar di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat setempat sempena bulan Ramadhan. Program ini merupakan salah satu cara KOPENJANA untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadhan dan memastikan golongan yang kurang bernasib baik turut merasai kemeriahan berbuka puasa.
Dengan jumlah sumbangan sebanyak RM1525.00, KOPENJANA telah memberikan iftar kepada lebih 200 jemaah yang hadir di masjid tersebut. Program ini bukan sahaja menyediakan makanan untuk berbuka puasa, tetapi juga menjadi medium untuk mengukuhkan hubungan komuniti, memupuk semangat gotong royong di kalangan anggota KOPENJANA, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.