KOPENJANA & SAFEGUARDS KIOSK MEDIA

08 Mei 2024

MEWUJUDKAN PLATFORM DIGITAL UNTUK MEMPERKASA KOMUNITI NIAGA

Pada 8 Mei 2024, KOPENJANA memulakan kolaborasi strategik dengan Safeguards Kiosk Media untuk memperkenalkan Kiosk Layan Diri Pelbagai Fungsi yang menawarkan kemudahan digital bagi peniaga kecil, penjaja, dan masyarakat umum di UTC Sentul. Kiosk ini menyediakan perkhidmatan seperti pengaktifan pembaharuan lesen perniagaan SSM, pembayaran bil setempat, tambah nilai kad prabayar, pembayaran zakat, PTPTN, dan

Perkhidmatan Simpanan Tunai Harian Khas UNTUK ANGGOTA KOPENJANA.

Dengan perkhidmatan ini, KOPENJANA berusaha untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan yang lebih cepat dan mudah bagi memudahkan urusan harian komuniti niaga, yang sekaligus meningkatkan daya saing dan kemudahan akses perkhidmatan bagi peniaga kecil dan penjaja.

(KOPENJANA diwakili oleh En Hardy Pudar (Pengerusi) dan Cik Linda dari Safeguards Kiosk Media.)

HALA TUJU KOPENJANA: Memperkasa Komuniti Niaga melalui Digitalisasi

Kerjasama dengan Safeguards Kiosk Media menggambarkan hala tuju KOPENJANA yang berfokus pada digitalisasi sebagai alat untuk memperkasa komuniti niaga. Dengan memperkenalkan teknologi layan diri yang lebih mudah diakses memudahkan urusan perniagaan dan kehidupan seharian.

Kolaborasi ini menunjukkan bahawa KOPENJANA komited dalam menyediakan penyelesaian digital yang relevan dengan keperluan semasa bagi memperkasa komuniti niaga, meningkatkan daya saing, dan menyediakan kemudahan untuk semua pihak yang terlibat dalam ekosistem niaga KOPENJANA.