LAWATAN MPP PARLIMEN BATU KE UTC SENTUL

08 NOVEMBER 2024

08 NOVEMBER 2024 MPP Subzon 1 Parlimen Batu telah menjemput KOPENJANA untuk turut serta dalam lawatan ke UTC Sentul bagi meninjau isu-isu yang disuarakan oleh penjaja dan pengunjung. Lawatan ini menumpukan kepada beberapa isu utama, termasuk masalah yang dihadapi oleh penjaja, urusan tapak atau lot perniagaan, serta isu parkir yang sering menjadi cabaran kepada pengunjung. Pertemuan ini turut melibatkan beberapa bahagian termasuklah dari DBKL;

Lawatan ini melibatkan En Hafiz Solkapeli (Pengerusi MPP Parlimen Batu) bersama wakil dari DBKL (JPPP & JPPH), PPPKMWP UTC Sentul dan Sdr Hafidzy Rodzihadi (KOPENJANA)

Dalam pertemuan itu, Pengerusi MPP Parlimen Batu En Hafiz Solkapeli telah mengusulkan agar KOPENJANA turut dapat memainkan peranan aktif dalam menangani isu-isu tersebut. Cadangan yang disarankan merangkumi penambahbaikan pengurusan tapak niaga untuk menjaga kebajikan penjaja serta penyelesaian yang lebih sistematik bagi mengoptimumkan ruang parkir, demi kemudahan dan keselesaan pengunjung.

KOPENJANA juga disarankan untuk melihat kualiti perkhidmatan di UTC Sentul, menjadikannya lebih mesra pengguna dan menarik kepada masyarakat setempat. Langkah ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan daya saing UTC Sentul sebagai pusat komuniti, tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada para penjaja dan pengunjung.

InshaaAllah, susulan dan saranan Pengerusi MPP batu ini, satu kertas kerja dipanjangkan bagi cadangan menangani beberapa isu yang telah diutarakan.