BENGKEL ASAS TIKTOK DBKL

12-13 Oktober 2024

Pada 12-13 Oktober 2024, DBKL dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya menganjurkan Seminar Pemasaran Produk Usahawan melalui TikTok dan Latihan Pencipta Kandungan Video menggunakan aplikasi CapCut. Seminar ini dihadiri oleh lebih 100 peserta dan dikendalikan oleh Dr. Mohd Nasiruddin Abd Aziz dan Encik Zahir Alauddin Abd Hamid, pensyarah kanan dalam bidang digital dan fotografi.

Program ini memberi tumpuan kepada strategi pemasaran digital, dengan teknik menarik perhatian di TikTok dan cara menggunakan program Affiliate untuk menjana pendapatan pasif. Teknik suntingan video pantas menggunakan CapCut juga diajar untuk meningkatkan kemahiran pemasaran dalam talian.

KOPENJANA menyertai program ini untuk mempelajari cara baru dalam memasarkan produk secara digital dan bercadang untuk meneroka ruang kolaborasi bersama DBKL di masa hadapan untuk latihan dan bimbingan peniaga, memperkasakan mereka dengan kemahiran digital yang diperlukan dalam dunia perniagaan moden.