HARI KOPERASI NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

18 Julai 2024

Pada 18 Julai 2024, KOPENJANA menerima jemputan untuk menghadiri Hari Koperasi Negara di Dewan Sri Menanti, Putrajaya. En Hardy Pudar (Pengerusi), En Hafidzy Rodzihadi (Setiausaha Agung), dan En Suhaimi Abdullah (Ketua Biro Usahaniaga) mewakili KOPENJANA dalam acara tersebut.

Beberapa sesi perkongsian penting diadakan, termasuk:

  • Platform digital takaful “Mysenang” oleh Koperasi TNB yang disampaikan oleh En Zulkefle Ab Rahim (CEO).
  • Kolaborasi pengembaraan dan percutian mesra Muslim oleh Ikhlas.com, disampaikan oleh Dato’ Rosham Nor dan En Ikhlas Kamarudin.
  • Platform digital jualan “Taptaplah” oleh Koperasi Tanjung Keramat, disampaikan oleh Pn Nurhanah.

KOPENJANA juga mengambil peluang untuk melawat beberapa reruai koperasi aktif di Wilayah Persekutuan, memperluaskan jaringan kerjasama dan peluang perniagaan.