SELERA @UTC SENTUL
Mac 2, 2023 @ 3:31pm
02 Mac 2024 KOPENJANA telah dengan jayanya melaksanakan Program Selera @UTC Sentul. Program ini adalah sebagai medan silaturahim bagi memperkenalkan KOPENJANA kepada masyarakat setempat khususnya para penjaja di sekitar UTC Sentul.
Program utama ialah demo dan pertandingan masakan yang dihoskan bersama Gastronomy Association of Malaysia. Program ini menampilkan Chef Sabri Abd Ghafar (chef jemputan Wanita Hari Ini -TV3). Turut hadir beberapa chef jemputan yang mempersembahkan demo masakan. Mereka ialah Chef Iswati Ishak (demo ukiran buah) dan Chef Nuramiza Amirrudin (Demo Dessert).
Pertandingan masakan telah disertai oleh 15 peserta. Juara telah membawa pulang hadiah kemenangan, medal, wang tunai dan sijil.
Pertandingan telah dijurikan oleh Chef Ahmad Razman Hazizy dan Chef Fairuz Khalid dengan Chef Fadzly Che Omar telah sudi menjadi Host sepanjang aktiviti berlangsung.
Kami merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Pejabat Ahli Parlimen Batu dan Majlis Perwakilan Penduduk yang menyokong usaha ini. Terima kasih juga kepada rakan penaja iaitu Maju KL, Pertubuhan Bumbung Ehsan, Watson Rico Legacy dan Abemie Halo yang menaja hadiah pertandingan