RAKAN STRATEGIK
KO PENJANA
JADI SEBAHAGIAN RAKAN KERJASAMA KAMI?
KO PENJANA terbuka dan mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan usahasama dan kerjasama bagi meluaskan lagi capaian manfaat koperasi kepada kumpulan sasar.
Usahasama dan kerjasama ini memanfaatkan platform koperasi untuk mewujudkan ekosistem komuniti niaga. Komuniti niaga ini akan diselaraskan melalui pembentukan Jaringan Rakan Strategik yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan objektif yang menepati matlamat penubuhan KO PENJANA.
Antara Rakan Strategik Ko PENJANA;
Pertubuhan Aspirasi Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pendidikan dan Gerbang Ilmu
Bidang Kerjasama :
- Mengadakan program-program latihan dan Pendidikan kepada anggota Ko PENJANA dibidang kewangan dan keusahawanan
- Berkerjasama dalam membangunkan modul latihan dan Pendidikan bagi menyediakan anggota dengan ilmu pengetahuan yang mempunyai asas kewangan serta keusahawanan.
- Membimbing dan memantau progres anggota Ko PENJANA yang menyertai program bimbingan keusahawanan KO PENJANA.
- Mengenal pasti pembiayaan dan geran keusahawanan yang sesuai dan menyalurkan maklumat kepada anggota untuk memudah dan membimbing mereka dalam permohonan atau pembiayaan bantuan kewangan termasuk geran.
Persatuan Gastronomi Malaysia
Bidang Kerjasama :
- Menganjurkan program-program masakan kepada anggota Ko PENJANA dan komuniti setempat.
- Mengadakan kelas-kelas masakan bersiri dengan dipimpin oleh Chef-chef dari GASTROM.
- Membina jaringan komuniti niaga kepada peserta kelas-kelas masakan melalui platform PENJANA FOOD & CATERING.